26 July 2009

Makaroni Keju Republik Chenta



Bahan-bahan ( terdapat di giant n tesco )

  • 1 tin Prego Cheese n herbs sauce ( Tin kaler kuning )
  • 5 ulas bawang Putih dicincang halus
  • 10 ekor udang sederhana dibuang kulit tinggal kat ekor jer..
  • 2 ekor sotong dipotong bulat2
  • sedikit lada hitam sederhana kasar
  • sedikit garam
  • sedikit 'italian herbs' penambah perasa
  • Makaroni untuk berdua jer.( rebus dahulu hingga masak)

Cara-cara memasak :-


mula-mula panas kuali dengan sedikit minyak zaitun. kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
selepas itu masukkan udang dan sotong, gaul sehingga masak dan keluarkan bahan2 tersebut dari kuali.
kemudian masukkan sos keju n herba prego ke dalam kuali yang sama. Kacau sos tadi bersama lada hitam, garam dan italian herbs. Setelah masak, masukkan udang dan sotong tadi bersama makaroni yang telah direbus kedalam sos keju tersebut.

Akhir skali, hidang untuk orang tersayang anda..

selamat mencuba!





No comments: