28 October 2009

Kasih Abah Sayang Mak!





Kasih & Sayang memang x boleh dipisahkan...telah diciptakan kasih sayang..

Kasih Abah yang telah tiada..susah diungkap kasihnya..sayangnya yang mendalam...Abah..Along sayang abah..kasih abah..siang malam teringat Abah..sedih bila tengok gambar Abah..

Kasih Mak yang sentiasa dihati..terlihat wajah ceria..tersorok kecil hati sedih..Itulah kasih sayang Mak..Mak selalu nampak ceria..tapi Along tau mak sedih teringat Abah..kenkadang gelagat anak mak pong wat Mak sedih..Mak..Along sayang Mak..suma sayang Mak..nanti Along Mak untuk Mak yer..ehhehehe..Tapi Mak jangan komplen banyak2..Mak..Kasih sayang Mak along x mampu nak balas..

11 August 2009

Kegembiraan Aku...Kegembiraan Mereka...

:: Aku gembira bila mereka gembira dan begitu juga sebaliknya...Kini gambaran gembira hanya aku yang tahu...sukar di ungkap di bibir kata..sukar di raut si wajah jelita..begitulah hakikat nya..

:: Aku akan menjaga gembira ini hingga sampai waktunya..aku dan mereka tahu apa gembira itu..cuma yang sekian lain masih tertanya-tanya...biarkan mereka..yang penting kita dapat mengecapi bahagia gembira itu...


Alhamdulilah...kernaNYA kurniakan gembiraan ini untuk ku dan mereka...

05 August 2009

Aku Hepi...

Aku hepi..
Aku xtau dia hepi ke idak..

Aku Hepi..
Ntah dia rasa yang sama ke idak..

Aku Hepi..
Aku nak dia pong hepi..


26 July 2009

Makaroni Keju Republik Chenta



Bahan-bahan ( terdapat di giant n tesco )

  • 1 tin Prego Cheese n herbs sauce ( Tin kaler kuning )
  • 5 ulas bawang Putih dicincang halus
  • 10 ekor udang sederhana dibuang kulit tinggal kat ekor jer..
  • 2 ekor sotong dipotong bulat2
  • sedikit lada hitam sederhana kasar
  • sedikit garam
  • sedikit 'italian herbs' penambah perasa
  • Makaroni untuk berdua jer.( rebus dahulu hingga masak)

Cara-cara memasak :-


mula-mula panas kuali dengan sedikit minyak zaitun. kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
selepas itu masukkan udang dan sotong, gaul sehingga masak dan keluarkan bahan2 tersebut dari kuali.
kemudian masukkan sos keju n herba prego ke dalam kuali yang sama. Kacau sos tadi bersama lada hitam, garam dan italian herbs. Setelah masak, masukkan udang dan sotong tadi bersama makaroni yang telah direbus kedalam sos keju tersebut.

Akhir skali, hidang untuk orang tersayang anda..

selamat mencuba!





ahad yang best

siang.
tidur dan bangun.
tgh hari.
jalan-jalan shopping.
petang.
masak-masak macaroni keju.
malam.
main kejar-kejar?

10 July 2009

Dunia Ini Pentas Lakonan




DUNIA a.k.a BUMI

:: Dunia adalah pentas...pentas adalah dunia..kita hanya propa..pelakon dipentas ini..sape kata kita bukan pelakon..kita suma pelakon..TIPU itu berlakon..LAWAK itu melakon..hurmmm..selagi kita hidup di BUMI ini..kita adalah pelakon..pandai atau tidak..kita tetap pelakon..pelakon yang hanya mengenal diri sendiri..tidak dikenali orang lain..

:: Propa Chenta DUNIA..hanya rekaan..kita pereka PROP yang sedia ada..sampah sarap menjadi PROP dunia semasa..pelakon hebat antarabangsa..pokok dan bunga jadi penonton kita..kucing dan anjing jadi pengkritik kita..arghhhh..kita pelakon dunia sementara...

:: Beringat pada yang lupa..lupa perlu di ingat..ini pentas kita..DUNIA milikNYA..berhenti untuk berfikir DUNIA ini milik kita..mungkin milik kita..TAPI cuma SEMENTARA...berlakon hanya sementara..makin lama makin tua..makin tua makin x laku..SEDAR RUANG..SEDAR PENTAS..jangan lari dari garisan PENTAS ini..KITA akan JATUH..

:: Sape kata DUNIA xde penghujung??? DUNIA ada penghujung..tapi yang kita nampak BUMI tu bulat..DUNIA ada penghujung...tapi kita x nampak..

:: Sedar lah wahai pelakon..kita makin HAMPIR..!!!

Dang Anom Creative Concepts


:: Under Contructions...



:: Bakal mengegar cubaan yang pertama...InsyAllah..

02 July 2009

Genap sebulan pemergiannya.. AL-Fatihah

020709

:: Genap sebulah pemergian arwah ke rahmahtullah..

:: Kerinduan aku dan kami padanya masih belum hilang..


Abah..kami sayang abah..along sayang abah..tapi kami redha pemergian abah..kami doakan abah bahagia kt sana..along sentiasa doakan abah...aminn..

AL-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Kuasa..

300609 genap sebulan...


30.06.09

:: Genap sebulan kami sebagai suami isteri...yang penyayang..yang pengasih..
:: Terima Kasih Ya Allah..kerna izinkan kami masih bersama dengan penuh kasih sayang..

25 June 2009

Terlalu Chenta

Pintaku slalu bertanya
cintaku hanya padaNYA
ceritaku bacakan untuknya
hatiku berikan segalanya.

23 June 2009

Hari teristimewa 060609






:: Bermula dengan segala dugaan yang menimpa..dari satu ke satu..yang entah bila reda nya...aku kini isteri orang..yang tanpa abah..hanya mak segala pengubat keresahan...

:: Hari behagia tetap diteruskan..seperti yang dirancang arwah...cuma tiada muzik dan senda gurauan yang berlebihan..

:: serba kekurangan..serba kesedihan dalam kegembiraan..

17 June 2009

Hilangnya Senjata Kehidupan....


AL-FATIHAH buat ayahanda terchenta..Allahyarham Hj.Che Om Bin Mat Sidi yang telah dijemput pergi buat slamanya dari atas DUNIA ini...Semoga rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan dalam golongan2 orang yang beriman..AMIN..

30.05.09 - Arwah sempat nikahkan kami (aku & suami) berakadkan sendiri..arwah mukanya ceria...seperti ada cahaya dimukanya..suma riang gembira..sekali lafaz..aku disahkan isteri kepada suami ku bersaksikan insan2 sekeliling..(menurut kata suamiku..seperti ada aliran letrik masuk mengalir ketubuh suamiku...)

31.05.09 - Jam 4.00ptg..aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang sungguh membuat aku kejang dan dengan selaju-lajunya aku terus memandu menuju ke Hospital serdang dari PJ bersama suami..(dalam minda waktu itu hanya ada abah terchenta difikiran..)
Jam 5ptg..aku masih belum dibenarkan menemui abah yang waktu itu dalam wad kritikal..dalam hati hanya abah..abah..dan abah..hanya tawakal yang dia akan terus hidup utk aku tersenyum riang...tp malang..Dia masih x sedarkan diri..aku di hempit perasan hampa..suami sentiasa disisi..memujuk dan terus memujuk..(Dia suami yang tabah..aku bersyukur kerna dikurniakan suami sepertinya..)..

01.06.09 - Aku dan seluruh keluarga ku di Hospital..terus menanti abah terchenta membuka mata..sehingga malam tiba..terperasaan hampa datang menjelma..abah masih begitu..YASSIN demi YASSIN terus memancut dari mulut..sorang demi sorang silih berganti masuk melawat abah hingga tamat waktu melawat..

02.06.09 - Hari ini..DR masukkan darah..air..tp skali lg hampa dangan kata2 DR yang terlempar.."sistem badan bolah terima darah dan air..tp otak tidak menerima respon apa2.."..time tu..rasa mengigil seluruh badan..sejuk..macam2 yang terlintas..YASSIN diteruskan..Jam 12.30ptg..pelawat mula masuk bergilir2..silih berganti..jam 2.30ptg tamat waktu melawat..aku dan yang lain masih di Hospital menanti dan terus menanti..

JAM 4.30ptg - waktu melawat yang ke-2..sahabat handai masih belum putus2 melawat..dan terus bersilih ganti..ada yang keluar tersenyum..menangis menahan sebak..ada yang memujuk hati "Along, abah da ok tu..muka dia dah x pucat lg..da merah muka diaa..sok lusa sedar la tu.." ayat yang selalu ku teringat..buataku tersenyum sejenak jer..setelah 8.30ptg..suma orang beredar kerna waktu melawat tamat..mereka menanti hari esok...

....aku da ahli keluarga terdekat masih dia lobi hospital..berkira2 mahu pulang mandi dan salin pakaian dan mahu datang semula..dok kt kaki lima hospital jadi la..janji dekat ngan abah..
....suma nak pulang..aku suruh adik ambik kete kt paking bawak ke paking lobi..punya lama menunggu..adik kata kete rosak..hanya kancil je yang ok..kancil xboleh muatkan kami yang 9 orang nie..aku kata x pe..biar mak, opah , padil, faiq n ika balik dulu..nnt dtg balik..then kami plak balik..tinggal aku, suami ,makcik n makcik...

JAM 10.30mlm - Tika aku duduk termenung di lobi hospital sorang diri..aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hospital yang menyatakan abah ku sedang tenat..dengan tidak hiraukan sesape..aku terus berlari jantung berdegup kencang..sesampai..mesin penunjuk nombor makin menurun..suami terus membaca YASSIN sekuat hati..aku ditelinga abah mengajar mengucap syahadah..tidak lepas dari mulutku lafaz syahadah..moga2 abah dengar..hanya itu yang aku mohon..aku lihat air mata abah berlinang dikelopak mata..abah tersenyum..mata terpejam..air mataku x manahan sebak..waktu itu hanya tuhan yang tahu bertapa sayunya aku..keluarga ku yang lain masih belum tiba...

tepat jam 10.50mlm...abah pergi dengan tenang..hanya aku dan suami disisi tika itu...sekuatnya aku peluk anah untuk kali terakhirnya...tanpa membuka mata..tanpa senyuman..tanpa suara...AKU PASRAH..AKU REDHA..

:: AL-FATIHAH utk abah terchenta..

04 February 2009

Hepi 1st Besday RATU!



QURRATTU' AIN

::Kini sudah setahun umurnya..
::Baby yang sangat comey..
::Ramai yang cintai dia dan sayanginya..
::Pandai mencari yang meminta simpati..
::Pandai membuat orang tersenyum sentiasa..

03 February 2009

Mengapa Dan Kenapa ?


MENGAPA :: Mengapa aku semakin malas untuk menyatakan sesuatu yang aku rasai..
Mengapa aku susah untuk jadikan sesuatu itu mudah..
Mengapa aku sering menyalahkan nanum tidak mampu disalahkan?

Mengapa aku Mengapa aku BEGINI!!!!


KENAPA :: Kenapa aku selalu menyengkelkan apa yang ku rasa..
Kenapa aku sering menyusahkan DIA..
Kenapa aku semakin lupa..lupa akanNYA..

Kenapa aku Kenapa aku BEGITU!!!!

31 January 2009

Risau dalam Hepi..


:: Setiap pasangan yang akan di ijab kabul pasti risau dengan persiapan..sesempoi mana pong majlis dirai pasti risau melekat dihati..

:: AKU..risau dihati melanda ditambah rasa gumbira tidak terhingga menjilat ibu jari segala kaki..orang selalu cakap..nak kawen nie senang..nak menyediakan tu yang susah..ikotkan ati nak je aku wat kenduri doa selamat..senang n sempoi..tp bile mintak pendapat mak aku..mak aku jawab " Along,...ko tu sorang2 je anak pompuan mak..dah xde yang lain..kalau wat rengkas2..x meriah..!!.." (dalam ati : "Ape masalah nyer anak pompuan sorang n ramai...- Ada beza ker???")

:: Ape pong yang terjadi..RISAU dalam HEPI tu tetap ada..tp semangat yang kuat tu aku perlukan...!!!..

p/s : Sayang, tolong kasi semangat kt B ye..!!!

Days without you!



Without you my days are :-

"Sadday,

"Moanday,

"Tearsday,

"Wasteday,

"Thirstday,

"Fightday",

and

"Shatterday"

10 January 2009

Menghitung Hari dan Usaha Penuh Gaya..

:: Kini aku menghitung hari..begitu juga kekasih hatiku..

:: Kami menghitung bulan, hari, waktu dimana jam, minit dan saat bersatu..Demi masa depan..suka, duka, riang tawa nan gumbira mununggu waktu akan berSATU..DUA keluarga menjadi SATU..SATU dan DUA akan menjadi TIGA...

:: Kami akan terus berusaha...CHAIYOK..

01 January 2009

Tunang Day!!





Sudahku katakan...2008 menyimpan segala kenangan..lengkap segala perisa..yang kini..aku gumbira kerna menjadi tunangan orang..Dia yang mencuit rasa segala suka...Dia menyentuh jiwa segala ada..

Terima Qaseh!

1429 : Menyimpan sejuta kenangan seribu kemusnahan...dengan sedikit duka terselit suka...

Tidak sabar menunggu hari esok yang belum pasti apa ciptanya..antara SUKA atau DUKA..yang terancang telah tersebut..tercipta hanya menunggu..terSERAH..

Terima kasih 1429...