AL-FATIHAH buat ayahanda terchenta..Allahyarham Hj.Che Om Bin Mat Sidi yang telah dijemput pergi buat slamanya dari atas DUNIA ini...Semoga rohnya dicucuri rahmat dah ditempatkan dalam golongan2 orang yang beriman..AMIN..
30.05.09 - Arwah sempat nikahkan kami (aku & suami) berakadkan sendiri..arwah mukanya ceria...seperti ada cahaya dimukanya..suma riang gembira..sekali lafaz..aku disahkan isteri kepada suami ku bersaksikan insan2 sekeliling..(menurut kata suamiku..seperti ada aliran letrik masuk mengalir ketubuh suamiku...)
31.05.09 - Jam 4.00ptg..aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang sungguh membuat aku kejang dan dengan selaju-lajunya aku terus memandu menuju ke Hospital serdang dari PJ bersama suami..(dalam minda waktu itu hanya ada abah terchenta difikiran..)
Jam 5ptg..aku masih belum dibenarkan menemui abah yang waktu itu dalam wad kritikal..dalam hati hanya abah..abah..dan abah..hanya tawakal yang dia akan terus hidup utk aku tersenyum riang...tp malang..Dia masih x sedarkan diri..aku di hempit perasan hampa..suami sentiasa disisi..memujuk dan terus memujuk..(Dia suami yang tabah..aku bersyukur kerna dikurniakan suami sepertinya..)..
01.06.09 - Aku dan seluruh keluarga ku di Hospital..terus menanti abah terchenta membuka mata..sehingga malam tiba..terperasaan hampa datang menjelma..abah masih begitu..YASSIN demi YASSIN terus memancut dari mulut..sorang demi sorang silih berganti masuk melawat abah hingga tamat waktu melawat..
02.06.09 - Hari ini..DR masukkan darah..air..tp skali lg hampa dangan kata2 DR yang terlempar.."sistem badan bolah terima darah dan air..tp otak tidak menerima respon apa2.."..time tu..rasa mengigil seluruh badan..sejuk..macam2 yang terlintas..YASSIN diteruskan..Jam 12.30ptg..pelawat mula masuk bergilir2..silih berganti..jam 2.30ptg tamat waktu melawat..aku dan yang lain masih di Hospital menanti dan terus menanti..
JAM 4.30ptg - waktu melawat yang ke-2..sahabat handai masih belum putus2 melawat..dan terus bersilih ganti..ada yang keluar tersenyum..menangis menahan sebak..ada yang memujuk hati "Along, abah da ok tu..muka dia dah x pucat lg..da merah muka diaa..sok lusa sedar la tu.." ayat yang selalu ku teringat..buataku tersenyum sejenak jer..setelah 8.30ptg..suma orang beredar kerna waktu melawat tamat..mereka menanti hari esok...
....aku da ahli keluarga terdekat masih dia lobi hospital..berkira2 mahu pulang mandi dan salin pakaian dan mahu datang semula..dok kt kaki lima hospital jadi la..janji dekat ngan abah..
....suma nak pulang..aku suruh adik ambik kete kt paking bawak ke paking lobi..punya lama menunggu..adik kata kete rosak..hanya kancil je yang ok..kancil xboleh muatkan kami yang 9 orang nie..aku kata x pe..biar mak, opah , padil, faiq n ika balik dulu..nnt dtg balik..then kami plak balik..tinggal aku, suami ,makcik n makcik...
JAM 10.30mlm - Tika aku duduk termenung di lobi hospital sorang diri..aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Hospital yang menyatakan abah ku sedang tenat..dengan tidak hiraukan sesape..aku terus berlari jantung berdegup kencang..sesampai..mesin penunjuk nombor makin menurun..suami terus membaca YASSIN sekuat hati..aku ditelinga abah mengajar mengucap syahadah..tidak lepas dari mulutku lafaz syahadah..moga2 abah dengar..hanya itu yang aku mohon..aku lihat air mata abah berlinang dikelopak mata..abah tersenyum..mata terpejam..air mataku x manahan sebak..waktu itu hanya tuhan yang tahu bertapa sayunya aku..keluarga ku yang lain masih belum tiba...
tepat jam 10.50mlm...abah pergi dengan tenang..hanya aku dan suami disisi tika itu...sekuatnya aku peluk anah untuk kali terakhirnya...tanpa membuka mata..tanpa senyuman..tanpa suara...AKU PASRAH..AKU REDHA..
:: AL-FATIHAH utk abah terchenta..


2 comments:
Al-fatihah. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin
b rindu sangat kt abah...banyak benda kite x buat lg untuk dia..
Post a Comment